Sabtu, 20 September 2008

Jika Anda Seorang Guru......

Jika anda seorang guru dan bertugas di sekolah sudah pasti anda tidak akan lari dari menghadapi masalah yang melibatkan disiplin pelajar. Lebih-lebih lagi jika guru itu merupakan guru disiplin maka segala masalah disiplin pelajar akan dilonggokkan kepada guru tersebut dan kebanyakan guru lain mengambil sikap lepas tangan. Dua unit yang akan terkial-kial menghadapi kerenah pelajar adalah unit kaunseling dan juga unit disiplin. Setelah seseorang pelajar yang melanggar displin dikenakan hukuman ataupun denda ia akan dirujuk pula kepada unit kaunseling bagi menjalani sesi kaunseling individu ataupun sesi kaunseling kelompok. Semuanya bertujuan untuk 'membetulkan' sikap buruk pelajar tadi dengan harapan selepas itu tidak ada lagi masalah disiplin yang ditimbulkan.

Namun biasanya masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar itu adalah berulang-ulang.Walaupun telah dikenakan denda, hukuman, diberi nasihat, menghadiri sesi kaunseling dan sebagainya tapi pelajar-pelajar yang terlibat ini akan terus mengulangi kesalahan-kesalahan sehingga guru disiplin naik berang, guru kaunseling pening kepala dan pentadbir sekolah hilang punca bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut yang berlaku setiap masa dari dahulu hingga sekarang dan sudah pasti di masa depan juga perkara ini akan berlaku sehingga manusia telah benar-benar jadi baik seperti malaikat!

Jadi, di mana silapnya ye sistem pendidikan kita ni? Adakah benar sistem pendidikan yang silap ataupun didikan guru yang tak betul ataupun didikan ibubapa yang salah? Kalau kita mencari salah maka akan jadilah seperti lagu ' Bangau Oh Bangau"! Masing-masing sibuk menuding jari menyalahkan orang lain. Aku betul, engkau salah! Aku sudah buat yang terbaik tapi engkau tengok saja. Bukan salah aku. Aku sudah buat kerja aku!

Ayat-ayat macam tu kerap kedengaran apabila kita menghadapi sesuatu masalah. Tidak kiralah masalah apapun baik di mana sahaja. Kalau kita nak senaraikan satu persatu masalah sosial di Malaysia ni, seratus muka surat pun belum tentu cukup!

Tiada ulasan: