Khamis, 25 September 2008

Harga Minyak Turun 10 sen.

Hari ini kerajaan telah mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok (25 September 2008).

Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 kini turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pula turun kepada RM2.30 seliter.

Kerajaan juga mengumumkan pengurangan minyak diesel sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter.

Ketika mengumumkan penurunan harga minyak tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ia diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini setelah mengambil kira harga purata minyak dunia untuk tempoh sebulan terakhir ini.

Pelarasan harga minyak ini merupakan pelarasan harga yang kedua dilakukan oleh Kerajaan setelah pelarasan pertama dilakukan pada 23 Ogos yang lalu.

Tiada ulasan: